Apr 27, 2006
1001 rahsia dalam seminggu

DALAM seminggu ada tujuh hari dan setiap hari tersimpan seribu satu rahsia dan peristiwa. Ada yang indah, manis, gembira, ceria dan tidak kurang diselubungi sedih dan kedukaan.

Sejarah Islam turut mencatat peristiwa menarik dan penting setiap hari yang boleh kita renung dan diambil iktibar bersama.
Antaranya:

· Ahad Allah menjadikan hari yang tujuh, anggota manusia yang tujuh, lautan dan bumi yang tujuh dan mencipta alam, bintang dan api neraka.

· IsninNabi Muhammad menerima wahyu pertama dan pada hari itu juga baginda wafat.

· SelasaPembunuhan manusia pertama berlaku yang Habil dibunuh Qabil. Nabi Yahya dan Zakaria wafat dibunuh. Tukang sihir Firaun pula ditewaskan Nabi Musa.

·RabuUmat Nabi Hud yang ingkar dimusnahkan Allah dengan turunnya taufan, manakala umat Nabi Salleh dihancurkan dengan teriakan kuat Malaikat Jibril.

· Khamis Nabi Muhammad mula memasuki kota Makkah, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim berhijrah ke Mesir, manakala Nabi Yaacob bertemu anaknya Nabi Yusof di Mesir.

· JumaatNabi Adam berkahwin dengan Hawa, Nabi Yusof berkahwin dengan Zulaikha, Nabi Musa berkahwin dengan Siti Safurah, anak Nabi Syuib, manakala Nabi Sulaiman berkahwin dengan Siti Balqis.

Rasulullah juga memilih hari itu untuk berkahwin dengan Siti Khatijah dan Aishah, manakala Ali Abu Talib berkahwin dengan Fatimah, puteri Rasulullah.

· Sabtu Nabi Isa diperdaya kaum Yahudi, Nabi Musa ditindas Firaun, Nabi Salleh ditipu umatnya dan Naib Nuh dipersendakan umatnya.



Posted at 06:02 pm by enzim_10
Make a comment  

Yang Lalu Biarlah Berlalu..

   

   Mengingat dan mengenang masa lalu, kemudian bersedih atas kesusahan dan kegagalan di dalamnya merupakan satu tindakan yang bodoh dan gila.Itu sama seperti membunuh semangat, memupuskan tekad dan menguburkan masa depan yang belum terjadi.


   Bagi orang yang berfikir , masa lalu dilipat-lipat dan tak pernah kembali. Cukup ditutup rapat-rapat dan disimpandalam ruang yang melupakan, atau diletak diruang yang gelapyang tak tertembus cahaya yang tidak dapat dijumpai lagi.Ini kerana masa lalu sudah berlalu dan habis!Kesedihan tak mampu mengembalikan lagi,keresahan tak sanggupmemperbaikinya kembali,kegundahan tak akan mampu merubahnya menjadi terang.


   Jangan pernah hidup dalam mimpi buruk yang lalu atau dibawah payung yang gelap masa silam, selamatkan diri Anda dari bayangan silam! Allah masih menyayangi anda!Ingat air mata tak akan kembali ke kelopak mata, kesengsaraan anda ada kuncinya iaitu Anda!membaca lembaran lalu hanya memupuskan semangat masa depan,mengendurkan semangat dan menyia-nyiakan waktu yang sangat berharga. Dalam Al-Quran, Allah selalu menyebut "Itulah Umat Yang Lalu."Begitulah tak guna jika kita mnguraikan kembalibangkai zaman dan memutar kembali roda sejarah.


   Orang yang berusaha kembali ke masa lampau tak ubah seperti orang yang menumbuk tepung atau menggergaji serbuk kayu kerana ianya tak akan kembali! Adalah bencana besar jika kita membirkan masa depan berlalu begitu sahaja. Orang yang berfikiran jernih tidak pernah melihat dan menoleh sedikit pun kebelakang.Masa lalu dijadikan sebagai satu pengajaran.Pasalnya,angin akan selalu menghembus kedepan, air akan selalu mengair ke depan dan segalanya sesuatu akan sentiasa maju ke hadapan.Maka itu, janganlah pernah melawan sunnah kehidupan.



Posted at 05:50 pm by enzim_10
Make a comment  

Kemurungan kosong

Suasana demi suasana silih berganti, membentukkan satu ilusi yang bertekap dengan sumbangan emosi, gigih, rasuk, pincang, marah, kosong menjadi mainan dalam fikiran dan hati hati setiap manusia yang mengejar satu tujuan, tetapi kecewa dengan pengharapan. Semarak hati semakin menebal membingungkan, merimaskan, menjadikan zahir dan batin hilang kesihatan. Maka acuan dicari dan berganti dalam pilihan demi untuk memuaskan asakan dan tekanan yang datang menerjah dalama jiwa.

     Tenang,.... difikirkan dengan hembusan amarah, menjadi ketagihan dalam mencapai keseronokan demi tujuan ketenangan walhal kebingungan yang kemuncak terjadi. Ia terus mengarap hati hati setiap insan hingga hilang pedoman, hilang pegangan, hilang diri, hilang maruah, hilang segalanya demi mengantikan tekanan kepada ketenangan. Diulik segala perhiasan dunia, ditimba segala muara serakah  untuk mencari erti damai dalam jiwa.

    Cari demi cari, hakikat tetap hakikat, manusia mencari selain lumrah, fitrah.. mencari suatu yang dirasakan tenang walaupun seketika. Ya, tenang demi tenang menjalar, sedikit demi sedikit mengusik, makin bombak makin berhiasan maka makin jauh dari dirinya sebenar. Hilang diri, hilang rasa, hilang segalanya.

     hati menitis bagai ditikam dengan tombak, hanyut.. hanyut....

   Suasana menjadi kelam.... masa depan.... gelap..


     Setitis cahaya menusuk hati, memberi laluan kepada yang menerimanya, memcari erti cahaya tersebut. Sekalung bunga menimbun sekujur tanah yang di tambun, tanah merah masih basah. terikan mentari terus menari di atas kujur kujur tanah yang menimbun membentuk suasana damai.

     Damai ...... ?
  
    bila nyawa bercerai badan, bila hati berputus rasa. bila tangan lemah menghayun, bila mata hilang panduan. Walaupun segunung meninggi penuh dengan anika penghiasan dunia, namun tidak ada pengganti kepada kebahagiaan dihati.

    Damai....!

   Cerai badan diputus nyawa, cerai hati diputus rasa, cerai hidup merana hingga, cerai perasaan menanti kecewa.

   Agahnya badan berlengguk ria, mengusik meriang menghibur hati, agah badan dizuhur rasa, agah hati ditunjuk mati.

  Tenang nya insan, bila mana hati diusap dibelai rasa, rasa sayang diganti cinta, menyatu alam menjadi peri. mewujud indah suasana silam.

  Kosong...


   damai hati merasa kosong, kosong dari kecewa rasa. Damai kasih dirasa sayang, sayang hadir di dalam hati.


  Kosong itu indah, indah yang meracuni.
  Indah itu rasa, rasa yang membawa mati.
  Mati itu kehidupan, kehidupan yang abadi.




Posted at 09:46 am by enzim_10
Make a comment  

Mencari dan terus mencari


    Kehidupan saling bercanggah antara satu dengan lain, menjadikan realiti hanya berdasarkan fantasi. Kepahitan terus menjiwai manusia, dan terus menghitamkan jiwa manusia. Perjalanan jauh masih didaki dengan pelbagai cara dan usaha. Dan kadang kadang terlupa arah perjalanan dan terus tersasar, jika bernasib baik akan kembali ke jalan yang benar. COrak kehidupan terus mewarnai dan menyinari dengan pelbagai warna, warna-warna yang menjadikan manusia tidak kenal diri dan hilang kendiri. Jauh perjalanan dan terus menjauh perjalanan.


   Mansuia sering mendongak langit bagaikan diri merasa bersatu dengan HAQ, namun mereka lupa tentang kejatuhan mereka ke bawah kerana lupa melihat bawah,tersungkur ke dalam kegelapan cahaya. Bayang bayang terus memudik tanpa sedar kejatuhan. Manusia angguh dengan manusia .


  SIang bersilih ganti dengan malam, bukan siang dicari dan juga bukan malam yang dituju. Tetapi keran itulah manusia hilang dalam keegoaan dan kefanatikan terhadap sesuatu terus menyesatkan mereka. Kerana merasa mereka sudah  terlalu yakin mereka dlm kebenaran CAHAYA, terus menafikan cahaya yang lain. Wal hal cahaya hanyalah dari sumber yang sama dan dipantul kan ke serata tempat. Kesesatan manusia kerana kebodohan dan kejahilan disulami dengan hasad dengki dan kemarahan melulu.

   Kebenaran bukan suatu yang boleh dicari tanpa bimbingan, namun ia adalah Hidayah dari Tuhan untuk manusia yang berusaha mencari kebenaran. DAn bukan suatu yang diwarisi tetapi suatu pencari dlm pencarian.



Posted at 09:38 am by enzim_10
Make a comment  

AKU

Aku,
Siapa Aku,
Deringkali aku hanyut dgn keakuanku,
Pendirianku,
Keegoanku,

Sehingga adakalanya ada hati yg terhiris,
Dgn bicaraku,
Dgn sikapku,
Dan tanpa aku sedari,
Aku ingin meningkatkan maruah diri,
Aku juga yg mencacatkan diri

Siapa aku
Yg sering terkeliru
Dgn segala yg mengelilingiku
sehingga aku malu tunjulkan hakikat diri
Hanya ku pendamkan didalam hati
Sehingga aku kurang pasti
Siapa sebenarnya diri
di bawah topeng hipokrasi
Aku ingin kembali
Tunjukkan aku jln pulang
Andai ada simpati dihati
Dgn secubit kasih sayang
Yg ku pinta agar suarakku didengar
Yg ku pinta agar kau menjadi Teman
Yg sudi mengajar
Dan membetulkan kesalahanku
Bukan menjadi hakim
Yg menghukum aku tanpa Ihsan

Andai hujahku sumbang
Andai jalanku pincang
Bantulah aku si insan malang
Mencari sinar yg gemilang



Posted at 08:50 am by enzim_10
Make a comment  

Beruntungnya kita ini……………………

            Seorang bijak telah melalui hadapan rumah seorang lelaki. Orang bijak itu terkejut apabila mendapati lelaki itu sedang memukul seekor kucing. Orang bijak itu bertanya kepada lelaki tersebut, "Kenapa kamu pukul kucing yang lemah itu?"

            Jawab lelaki tersebut, "Aku telah menjumpainya di sebuah lorong ketika ia dalam keadan yang tersangat lemah dan kedinginan. Kemudian aku mengambilnya dan memberinya nakanan serta minuman. Aku pelihara sehingga ia benar-benar sihat. Tetapi sesudah kucing itu sihat, ia membuang najis dan kotoran di merata-rata tempat di rumahku".

            Kemudian berkatalah si orang bijak tadi, "Ini sebenarnya peringatan dan ibarat antara kita dengan Allah. Dia telah memelihara kita sejak dari kecil yang tersangat lemah dah dhaif. Lalu beri kita makan, pakaian dan segala-galanya. Tetapi setelah begitu banyak kebaikan dan nikmat Allah yang kita rasakan, kita derhaka kepada-Nya, tidak tidak melaksanakan perintah-Nya dan belum mengikut cara hidup kekasih-Nya, iaitu Rasulullah s.a.w. Lihatlah betapa baiknya dan rahmatnya Allah, walaupun kita derhaka kepada-Nya, Dia masih belum menyeksa atau memukul kita dengan azab-Nya".

            Kemudian pergilah orang bijak itu dan beristighfarlah lelaki tersebut kerana mengenang dosa-dosanya terhadap Allah. Jika dia lambat diperingatkan oleh orang bijak itu tadi, sudah tentu dia akan dipertanggungjawabkan atas kesalahannya di mahkamah Allah kelak kerana telah mencuba menyeksa kucingnya.


Posted at 08:45 am by enzim_10
Make a comment  

Previous Page


enzim_10
April 1st
Male
Malaysia

CINTAKU


Tuhanku Ya ALLAH,


Aku masih ingat, saat pertama dulu aku belajar mencintaiMu Lembar demi lembar kitab kupelajari Untai demi untai kata para ustaz kuresapi Tentang cinta para nabi Tentang kasih para sahabat Tentang mahabbah para sufi Tentang kerinduan para syuhada Lalu kutanam di jiwa dalam-dalam Kutumbuhkan dalam mimpi-mimpi dan idealisme yang mengawang di awan Tapi Rabbii, Berbilang detik, minit, jam, hari, pekan, bulan dan kemudian tahun berlalu Aku berusaha mencintaiMu dengan cinta yang paling utama, tapi Aku masih juga tak menemukan cinta tertinggi untukMu Aku makin merasakan gelisahku membadai Dalam cita yang mengawang Sedang kakiku mengambang, tiada menjejak bumi Hingga aku terhempas dalam jurang Dan kegelapan Wahai Ilahi, Kemudian berbilang detik, menit, jam, hari, pekan, bulan dan tahun berlalu Aku mencoba merangkak, menggapai permukaan bumi dan menegakkan jiwaku kembali Menatap, memohon dan menghibaMu: Allahu Rahiim, Ilaahi Rabbii, Perkenankanlah aku mencintaiMu, Semampuku Allahu Rahmaan, Ilaahi Rabii Perkenankanlah aku mencintaiMu Sebisaku Dengan segala kelemahanku Ilaahi, Aku tak sanggup mencintaiMu Dengan kesabaran menanggung derita Umpama Nabi Ayyub, Musa, Isa hingga Al musthafa Karena itu izinkan aku mencintaiMu Melalui keluh kesah pengaduanku padaMu Atas derita batin dan jasadku Atas sakit dan ketakutanku Rabbii, Aku tak sanggup mencintaiMu seperti Abu bakar, yang menyedekahkan seluruh hartanya dan hanya meninggalkan Engkau dan RasulMu bagi diri dan keluarga. Atau layaknya Umar yang menyerahkan separo harta demi jihad. Atau Utsman yang menyerahkan 1000 ekor kuda untuk syiarkan agamaMu. Izinkan aku mencintaiMu, melalui seratus-dua ratus perak yang terulur pada tangan-tangan kecil di perempatan jalan, pada wanita-wanita tua yang menadahkan tangan di pojok-pojok jembatan. Pada makanan makanan sederhana yang terkirim ke handai taulan. Ilaahi, aku tak sanggup mencintaiMu dengan khusyuknya shalat salah seorang shahabat NabiMu hingga tiada terasa anak panah musuh terhunjam di kakinya. Karena itu Ya Allah, perkenankanlah aku tertatih menggapai cintaMu, dalam shalat yang cuba kudirikan yang Terbaik, meski ingatan kadang melayang ke berbagai permasalahan dunia. Robbii, aku tak dapat beribadah ala para sufi dan rahib, yang membaktikan seluruh malamnya untuk bercinta denganMu. Maka izinkanlah aku untuk mencintaimu dalam satu-dua rekaat lailku. Dalam satu dua sunnah nafilahMu. Dalam desah napas kepasrahan tidurku. Yaa, Maha Rahmaan, Aku tak sanggup mencintaiMu bagai para al hafidz dan hafidzah, yang menuntaskan kalamMu dalam satu putaran malam. Perkenankanlah aku mencintaiMu, melalui selembar dua lembar tilawah harianku. Lewat lantunan seayat dua ayat hafalanku. Yaa Rahiim Aku tak sanggup mencintaiMu semisal Sumayyah, yang mempersembahkan jiwa demi tegaknya DienMu. Seandai para syuhada, yang menjual dirinya dalam jihadnya bagiMu. Maka perkenankanlah aku mencintaiMu dengan mempersembahkan sedikit bakti dan pengorbanan untuk dakwahMu. Maka izinkanlah aku mencintaiMu dengan sedikit pengajaran bagi tumbuhnya generasi baru. Allahu Kariim, aku tak sanggup mencintaiMu di atas segalanya, bagai Ibrahim yang rela tinggalkan putra dan zaujahnya, dan patuh mengorbankan pemuda biji matanya. Maka izinkanlah aku mencintaiMu di dalam segalanya. Izinkan aku mencintaiMu dengan mencintai keluargaku, dengan mencintai sahabat-sahabatku, dengan mencintai manusia dan alam semesta. Allaahu Rahmaanurrahiim, Ilaahi Rabbii Perkenankanlah aku mencintaiMu semampuku. Agar cinta itu mengalun dalam jiwa. Agar cinta ini mengalir di sepanjang nadiku...


   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30

Ya Allah Ya TUhan ku, Perbaikilah semua urusanku, janganlah Engkau
serahkan urusan ku kepada diriku sendiri walaupun sekelipan mata pun.





Link To Download Free Nasyid Song and Articles!!

  • upload_nasyid@yahoo.com
  • upload_nasyid2006@yahoo.com
  • uploadnasyid@gmail.com
  • tatapan_jiwa@yahoo.com

    ** Password: zulpahang **
    "Aku kenal Kejahatan, bukan kerana untuk kejahatan, tetapi............untuk menjaga diri daripadanya. Orang yang tidak mengenal kejahatan, akanjatuhlah ke dalamnya......................!".


    "Jalan itu sangat banyak,
    tetapi jalan kebenaran hanya satu.
    Dan yang pergi berangkat itu satu-satu............

    Mereka tiada tahu,
    maksudnyapun tiaa diketahui.
    Mereka terus menuju,
    berjalan pelan-pelan kepada yang ditujui.

    Manusia itu lalai,
    apa dimaksudkan dengan mereka.
    Sebahagian besar tidur terkulai,
    Jalan Kebenaran sampai terlupa.................."


    PERINGATAN UNTUKKU DAN SEMUA SAHABAT

    "Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaktian, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidaklah kamu berpikir?" ( Al-Baqarah:44)

    "Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan."(Ash-Shaff:3)

    Bersabda Nabi saw.:
    "Aku melalui pada malam isra'ku pada beberapa kaum yang di sayat bibirnya dengan gunting-gunting dari api neraka. Maka aku tanyakan :"Siapakah kamu ini?".
    Mereka menjawab:"Kami adalah orang yang menyuruh dengan kebaikan dan tidak kami kerjakan.Kami melarang dari kejahatan dan kami kerjakan".
    -Dirawikan Ibnu Hibban dari Annas-




  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed