 |
 |
 |
|
May 25, 2006

Yaa Allah Kiamat pasti tiba
Telah kita diberitakan Akan tibanya hari kedatangan Musibah melanda semesta alam Tiada siapa dapat menghalang
Bila manusia telah lupa sujud menyembah pada yang Esa Dosa pahala tiada dihiraukan lagi Hati telah gelap hilang cahaya
Lalu berbunyi sangkakala membelah langit Gegak gempita masing - masing berlindung diri Ibu kehilangan anak di kandungan Bintang yang dilangitpun berguguran Kala itu taubatmu tidak berguna lagi
Bila tibanya hari pengadilan Dipadang masyar kita dihimpunkan Akan dihitung segala amalan Seperti mana yang telah diwahyukan
Lalu berbunyi sangkakala membelah langit Kelam-kabut masing - masing berlindung diri Ibu kehilangan anak di kandungan Bintang yang dilangitpun berguguran Kala itu taubatmu tidak berguna lagi
Wahai muslimin umat semua Kembalilah kita kepada Allah Hindarkan diri dari dosa - dosa Agar disana tiada penyesalan Agar disana tiada penyesalan
Itulah hari pengadilan Itulah hari perhimpunan Itulah hari perhitungan
Posted at 07:31 am by enzim_10
Permalink
Pada suatu ketika Rasulullah bertanya kepada para sahabatnya siapakah diantara kamu yang akan menerima beberapa nasihat dari ku untuk diamalkan atau diajarkan kepada orang-orang yang mampu mengamalkannya.
Seruan itu lalu disahut oleh Abu Hurairah sambil menghulurkan tangannya, kemudian Rasulullah memegang tangan Abu Hurairah dan beliau menghintung sampai lima lalu beliau bersabda.
1 Jauhkan dirimu dari segala yang dilarang nascaya engkau akan menjadi orang yang paling abid berbakti antara manusai.
2. Bersikap rela terhadap apa yang telah dibangkitkan tuhan kepadamu, nascaya engkau sekaya-kaya manusia.
3. Berbuat kebajikan terhadap tetanggamu nascaya engkau jadi mukmin sejati.
4. Cinta kasihlah kepada manusia sebagaimana engkau sayang kepada dirimu sendiri sesungguhnya engkau menjadi orang islam yang hakiki.
5. Jangan engkau terlalu banyak ketawa kerana kebanyakan ketawa itu akan mematahkan hati.
Pesanan Rasulullah seterunya ialah sekiranya engkau menjadi raja atau menteri atau datang bertemu raja atau menteri maka janganlah engkau melampaui sirah dan sunnahku kerana barang siapa yang menyalahi sunnahku ini maka dia akan datang pada hari kiamat dikepung api neraka dari segala penjuru. Adil sesaat itu lebih baik daripada beribadat 60 tahun lamanya, yang malamnya berisi dengan solat dan waktu siang harinya dengan ibadat puasa.
Pesannya lagi katakanlah kepada orang-orang yang beriman yang pernah melakukan dosa-dosa kecil atau besar janganlah mati salah seorang pun siantara mereka sedang ia masih bergelimang dengan dosa-dosa itu. Kerana sesiapa yang menghadap kepada tuhannya dalam keadaan yang demikian itu, maka siksaan atas dosa kecil yang terus menerus dilakukannya itu sama halnya dengan orang menghadap Tuhannya dalam keadaan dosa besar yang terus-menerus dikerjakannya pula.
Wasiat rasulullah seterusnya janganlah engkau mencaci-maki keculai kepada syaitan. sesungguhnya jika engkau mati dalam keadaan demikian tangan mu kelak akan dijabat oleh semua Rasul Allah, para nabi Allah dan orang-orang beriman sampai engkau melengkah ke dalam Syurga.
Pesanan Rasulullah lagi berjalanlah engkau ke masjid Allah didalam kegelapan malam, sesungguhnya engkau akan diberi Tuhan kebajikan-kebajikan dengan seberat sesuatu yang telah engkau pijak dengan kedua kakimu daro apa-apa yang kamu cintai dan benci sampai kepada tujuh petala bumi.
Wasiat Rasulullah lagi apakah engkau mengharap rahmat Allah di kala hidup, dikala mati, dikala berada dialam kubur dan diwaktu hari hari kebangkitan, maka bangunlah ditengah malam sunyi dan solatlah engkau memohon keredhaan Tuhanmu. semoga apa yang tulis disini akan menjadi panduan untuk kita semua menuju jalan yang diredhai Allah.
Petikan dari Peringatan Sebelum Mati
Posted at 07:17 am by enzim_10
Permalink
May 24, 2006
Seringkali kita mendengar ttg perkembangan terbaru artis-artis(yang bukan bermesej islam) profile-profile peribadi mereka yang memang digemari oleh sesetengah daripada kita.Dengan bersusah payahnya kita menyelidiki dan menyokong mereka hmmm,,, biasalah seperti AKADEMI FANTASIA punyer artis n lain2 lagi artis yang mana syaitan sendiri telah mengaku mereka ini adalah PENSYAIR SYAITAN,,,,,sebut saja ttg si anu bin anu pasti kita mengetahui ttg profile mereka tanye je bab ape mesti tau punye tambah pulak artis tu pujaan kita,,,,,,,,,tapi tahukah kita kalau ditanya spontan ttg profile makhluk yang teragung yang semestinya menjadi IDOLA kite iaitu MUHAMMAD S.A.W.Ape hobinya? Ape makanan kegemarannya? Ape pakaian kegemarannya? Hmm,,,,alamatnye berpeluhlah satu tempayan.Kat cni nak kongsi ngan sahabat2 semua tentang biodata MANUSIA TERAGUNG yang bernama MUHAMMAD BIN ABDULLAH n harapnye dapat hafal la macam kite hafal biodata penyanyi kesayangan yang x boleh bagi satu syafaat pun kat akhirat nanti dan insyaallah menjadi bukti yang kita ada mencintai RASULULLAH S.A.W,,,,,,,

NAMA : MUHAMMAD BIN ABDULLAH
ASAL : MAKKAH AL-MUKARRAMAH
TARIKH LAHIR (ISLAM) : 12 RABIULAWAL
TARIKH LAHIR (MASEHI) : 20 APRIL 571 MASEHI
HARI/MASA LAHIR : PAGI ISNIN, SUBUH, TAHUN GAJAH
TARIKH WAFAT(ISLAM) : 11 RABIULAWAL 11 HIJRAH
TARIKH WAFAT(MASEHI) : 25 MEI 632
NAMA BAPA : ABDULLAH BIN ABDUL MUTALLIB
NAMA IBU : AMINAH BINTI WAHAB
PEKERJAAN BAPA : SAUDAGAR/PENIAGA
PEKERJAAN IBU : SURIRUMAH
BERAT BADAN : SEDERHANA
TINGGI :+- 2 METER
WARNA KULIT : KUNING PUTIH CERAH
HOBI/MINAT : BERDAKWAH
MAKANAN KEGEMARAN : SUP/ROTI MASAK DAGING/LABU AIR
MINUMAN KEGEMARAN : SUSU
WARNA KEGEMARAN : PUTIH SUCI
PAKAIAN KEGEMARAN : JUBAH DAN SERBAN
KERJAYA : BERNIAGA
BAHAN BACAAN DMINATI : AL-QURAN
SUKAN KEGEMARAN : LAWAN PEDANG/RENANG/BERKUDA
ADIK-BERADIK : 1 (TUNGGAL)
BILANGAN ISTERI : 11 ORANG
BILANGAN ANAK : 7 ORANG
NAMA LAIN/GELARAN : AL-MIN/ALMUZAMMIL/ALMUDDATHTHIR/ ABDULLAH/AN-NUR DAN BANYAK LAGI,,,,,,,
RASULULLAH S.A.W bersabda yang bermaksud tidak akan masuk syurga seseorang itu sehingga dia mencintai aku melebihi ibu bapanya,sanak saudaranya dan dirinya sendiri
Dan saidatina aisyah berkata : kana khulukuhul quran (akhlaknya adalah seperti al-quran)
Insyaallah moga kita mendapat syafaatnya dengan mengetahui ttg latar belakang MANUSIA TERAGUNG ini,,,,insyaallah akan menyusul perkara2 menarik ttg RASULULLAH S.A.W dan kehidupannya untuk kita hayati dan ketahui selepas ini bagi melenyapkan pengagungan kita kepada PENSYAIR SYAITAN itu,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,insyaallah
Kalau ada kesilapan diharap tegur kerana maklumat ini diambil dari ustaz saya yang mengkaji dari kitab lama dan beliau merupakan manusia juga jadi memang ada kelemahannya,,,,insyaallah,,,,,,,,,,,,,,
ASSALAMUALAIKUM,,,,,,,,,,,,,,,,,
Posted at 08:54 am by enzim_10
Permalink
Apr 30, 2006
Adakah kamu orang yg bijak?
Adakah kamu orang yg bijak?
Orang yg bijak ialah orang yg tidak mensia-siakan
hidup, waktu, usia,
harta, umurnya dengan perkara yg tidak mendatangkan
faedah baginya dan
masyarakat.
Renungan Bersama........
Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil
berat akan waktu
solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti
kerajaan Nabi Sulaiman
a.s.
Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang
yang di timpa
musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi
rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini",
sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa
yang ada dan tidak
lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan
nikmat yang ada sentiasa
menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia
pertengahan namun masih
berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai
akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah
orang yang mati membawa
amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan
saujana mata
memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi
dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang
yang mati tidak membawa
amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang
menghuni syurga kelak
kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk
menghindari siksa
neraka.
Siapakah org yg bijak?
Orang yg bijak ialah org yg tidak membiar atau
membuang email ini begitu
sahaja, malah dia akan menyampaikan pula pada org lain
untuk dimanfaatkan
dan ambil iktibar sebagai sandaran dan buat pedoman
kehidupan kita seharian.
Posted at 08:02 pm by enzim_10
Permalink
Panasnya Dunia ini..!!!...ASAL USUL API DI DUNIA INI..

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia utk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan utk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.
jibril : wahai zabaniah, aku diperintah utk mengambil sedikit api neraka utk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as. zabaniah : sebanyak mana sedikit itu ? jibril : sebesar kurma. . zabaniah : kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya. jibril : kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma... zabaniah : kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..
Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah untk mendapatkan saiz yg perlu di hantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka utk di bawa ke dunia. Maka jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yg keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa di sejukkan dgn mencelupnya sebanyak 70 kali kedalam sungai di syurga dan sebanyak 70 buah sungai. = 70 x 70
Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan diatas sebuah bukit yg tinggi tetapi sejurus setelah diletakkan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka. Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini spt api yg sering kita gunakan utk berbagai keperluan dan juga api yg terdapat di gunung berapi dll lagi.
PENGAJARAN : Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yg terpaksa disejukkan dlm 70 buah sungai dgn sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasannya bagaimana dgn api di neraka itu sendiri. _________________ "KASIH...Keindahan MU Merupakan Ma'rifat Yang Tersembunyi"
Posted at 07:30 pm by enzim_10
Permalink
Ketahuilah olehmu...
Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia.. Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.
Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih.. Allah SWT sudah menghitung airmatamu.
Jika kau pikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja... Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.
Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelepon... Allah SWT selalu berada disampingmu.
Ketika kau pikir bahwa kau sudah mencoba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi... Allah SWT punya jawabannya.
Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan... Allah SWT dapat menenangkanmu.
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan... Allah SWT sedang berbisik kepadamu.>>>
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur... Allah SWT telah memberkatimu.
Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban... Allah SWT telah tersenyum padamu.
Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi... Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.
Ingat bahwa dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap... Allah SWT TAHU... .....
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..
Posted at 10:30 am by enzim_10
Permalink
Apr 27, 2006
Assalamualaikum ......Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

BOIKOT ISRAEL!!!! Satu perkataan yang telah biasa kita dengar...tapi sejauh manakah kita berusaha untuk memboikot barangan tersebut..adakah kita BUTA atau memang kita tidak mengetahuinya...Alangkah Jahilnya kita.
Sedar ke tidak??? Duit keuntungan hasil jualan mereka yang dibeli oleh kita!!!.. Telah digunakan untuk membeli peluru -peluru dan menembak saudara kita di Pelestin, Iraq, Afganistan, Chehnya dan sebagainya. Inilah istimewanya islam sebab kita ini saling bersaudara tak kiralah dia org mane ..kulit warna apa..tetapi kita tetap bersaudara sebab kita orang islam.
Oh mane ade..takkanlah saya beli satu je ada effect ...lagipun saya seorang je buat ..mane ada orang lain boikot ...biasa je??. saudara jika saudara tidak jadi pemula (asbab)..siapa lagi ? INGATLAH sitiap saham yang kita ada dalam barangan yahudi ini akan dipersoalkan di akhirat nanti!!
Kalau macam tu susah la nak makan, mane ade lagi barangan yang macam diorang buat??...saudara banyak lagi brand dan barangan lain yang sama dan terdapat di pasaran ..Janganlah taksub sangat dengan satu-satu jenama..carilah pasti ade kecuali yang memberi faedah dan tidak dapat dielakkan seperti INTEL dan dikecualikan.
Ape buktinya kita kena boikot...fatwa mane yang saudara dapat ni??? saya sertakan sekali fatwa dari ulama - ulama islam yang menyatakan boikot itu wajib sebagai salah satu usaha kita membantu saudara kita ...kita tak mampu mengangkat senjata seperti saudara kita tetapi kita sekurang-kurangnya dapat membantu audara kita dengan cara memboikot barangan yahudi ini!!
Di akhirat nanti semua antara kita ingin masuk syurga...dan antara syaratnya hendaklah mendapat syufaat Nabi Kita Muhammad S.A.W.... Di akhirat nanti Nabi akan bertanya " Pernahkah engkau bersamaku?" ..tentulah tidak kerana kita pun tidak pernah melihat nabi kerana nabi telah lama wafat...Nabi tanya lagi "Pernahkah engkau bersama-sama dengan pewarisku (ulama-ulama)?"...kalau kita jawab tak nabi akan tanya lagi "Pernahkah engkau memberi salam pada pewarisku?" ..jika tidak .nabi akan tanya lagi " Pernahkah engkau bersua dengan pewarisku?"..jika tidak lagi...nabi akan tanya lagi "Pernahkah engkau melintasi rumah pewarisku?" ......wahai saudaraku ..sayang sungguh Nabi kepada kita ..Nabi nak semua umat dia masuk syurga!!
PERSOLANNYA...jika kita tidak mempercayai fatwa para Ulama..apakah jawapan kita pada Rasullulah nanti?? Bagaimanakah Nabi nak mengaku kita sebagai umat dia? Adakah saudara fikir Nabi akan memberi syufaatnya untuk kita ke syurga?. Kita tanya diri sendiri..tepuk dada tanya Iman.!!!
Berikut ialah senarai fatwa para Ulama tentang boikot barangan Yahudi/Israel!!!
"Each riyal, dirham …etc. used to buy their goods eventually becomes bullets to be fired at the hearts of brothers and children in Palestine. For this reason, it is an obligation not to help them (the enemies of Islam) by buying their goods. To buy their goods is to support tyranny, oppression and aggression."
"The purchase of any item which helps strengthen Zionism is not permissible ..."
- Ayatullah Sayyid Muhammad Husayn Fadhlullah
"The least effort we could make ... is to boycott all those who support the enemy ... We should boycott American goods whenever possible, and you should boycott all Israeli goods as well as all the companies that help Israeli companies financially"
Saudaraku Bantukah Kami Disini Kami dibunuh, diseksa ,para wanita diperkosa, lelaki-lelaki dan kanak-kanak dibunuh..
Bantulah kami walaupun sedikit!!!
Posted at 09:06 pm by enzim_10
Permalink
* Senarai produk yang perlu diboikot: << inminds.com >>

Bismillahirrahmanirrahim..
"Wahai kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produk buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia. Setiap ringgit yang kita bayarkan untuk sebotol Coca-Cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjata orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger King dsb, tanpa memikirkan ke mana wang itu akan dibelanjakan.
Menurut pendapat saya, setiap Muslim harus bertanggungjawab dalam hal yang mempengaruhi keluarga dan gaya hidup mereka. Lihatlah kepada orang-orang Amerika yang telah membatalkan (veto) resolusi PBB untuk mengutuk aksi tentera Israel di Palestin. Jika mereka itu adalah pemelihara perdamaian seperti yang mereka dakwa, apakah mungkin mereka melakukannya (membatalkan resolusi PBB)?
Wahai manusia, tidakkah anda berfikir? Tidakkah anda memiliki perasaan lagi? Tidakkah anda merasakan kepahitan negara-negara Arab dan Islam dalam hal ini? Darah yang paling murah adalah darah kita! Kita telah menjadi bahan percubaan bagi senjata-senjata dan peluru-peluru serta teknologi mereka. Persenjataan perang ini dibiayai oleh kita, dalam gaya hidup konsumerisme yang mereka paksakan ke atas kita.
Saya bertanya kepada anda semua, dengan nama Allah. Saya bertanya pada anda semua, atas nama ribuan orang yang mati di tangan pengganas-pengganas itu pada tahun 1948, 1967, 1973 di Qana, di Dir Yassin, di Bahr al-Bakar semenanjung Gaza dan di al-Quds. Saya bertanya kepada anda semua, atas nama orang yang mati syahid untuk kehormatan kita. Saya bertanya ke atas anda, atas nama seorang anak kecil bernama Muhammad al-Durrah, yang syahid dalam pelukan ayahnya ditembusi peluru-peluru, dari wang yang telah kita sumbangkan kepada mereka.
Apakah akan jadi kepada kita? Kita memiliki mata yang tidak dapat kita gunakan untuk melihat. Kita memiliki telinga, tetapi kita tidak gunakan untuk mendengar. Kita memiliki hati, tetapi tidak lagi dapat merasai. Mereka telah menjadikan kita sebagai pengguna-pengguna yang buta, yang rela membayar wang untuk membiayai senjata mereka, untuk mendukung aksi keganasan mereka di dunia Arab dan Islam.
Boikot mereka sekarang! Sekarang atau peluang ini tidak muncul lagi selamanya!
Dunia Arab dan Islam harus bersatu agar menjadi kuat. Kembali dan siapkan persenjataan kita. Kembalikanlah dan bangunkanlah ekonomi kita agar kita dapat menghancurkan mereka. Allahu Akbar!!"
- Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, 8 Oktober 2001 (Qatar)
Posted at 08:34 pm by enzim_10
Permalink
Allah Taala sebagai Tuhan, tentunya mempunyai segala sifat yang cukup mulia. Oleh itu apa saja yang dimuliakanNya, turut mulia dan segala apa yang dihinakanNya turut hina.
Islam adalah agama yang mulia kerana Allah yang memuliakanNya maka yang lain semuanya hina. Tauhid adalah aqidah yang mulia kerana Allah yang memuliakanNya. Syirik dengan sendirinya hina, termasuk sekular turut hina.
Al-Quran adalah Kitab langit yang mulia kerana Allah sendiri memuliakanNya. Maka segala ajarannya turut mulia. Orang yang mengamalkannya dan memperjuangkannya turut mulia. Sebaliknya sesiapa saja yang menentangnya adalah hina kerana Allah Taala menghinakannya.
Sebab itu kita diminta ulang sebutan didalam Doa Qunut yang bermaksud:
"Sesungguhnya tidak hinalah orang yang kamu restui dan tidak mulialah orang yang kamu musuhi."
Jika kita mengatakan mulia, sedangkan Tuhan mengatakan hina maka itu pandangan kita yang cetek dan tidak tahu membezakan antara mulia dan hina.
Posted at 06:18 pm by enzim_10
Permalink
Pengajaran dari satu penampar
Mungkin ini boleh kiter jadikan satu pengajaran & sebagai renungan bersama........
Pengajaran dari satu penampar
Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya.
Pemuda: Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya? Pak Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu!
Pemuda: Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Pak Imam: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya'Allah.
Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan
1. Kalau benar Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya? 2. Apakah yang dinamakan TAKDIR? 3. Kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu? Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat.
Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa pak imam marah kepada saya?
Pak Imam : Saya tidak marah... Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya.
Pemuda : Saya amat tidak faham...??
Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih...!!
Pak Imam : Jadi awak percaya bahwa sakit itu ada?
Pemuda : Ya....!
Pak Imam : Tunjukan pada saya wujudnya sakit itu atau macam mana rupanya?
Pemuda : Tak boleh pak imam...!!!
Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudanNya.
Pak Imam : Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak?
Pemuda : Tidak....!!?
Pak Imam : Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak....!!!?
Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR!
Pak Imam : Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini?
Pemuda : Kulit dan daging...!!!
Pak Imam : Terbuat dari apakah pipi awak itu...?
Pemuda : Kulit dan daging....!!!??
Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit dan pedih....!!!?
Pak Imam : Itulah...! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan.... walaupun sama unsur asalnya...!!
Pemuda : Allahuakbar!
"ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG.. ITULAH JANJI ILAHI"
'Alangkah terasa hidup sia-sia.. Ruang fikiran hanya dengan ilmu dunia, Alangkah ruginya usia yang pergi.. Jika amalan bukan untuk alam abadi.'
Posted at 06:09 pm by enzim_10
Permalink
|
|
 |
|
 |
 |
 |
enzim_10April 1st Male Malaysia
CINTAKU
Tuhanku Ya ALLAH, Aku masih ingat, saat pertama dulu aku belajar mencintaiMu Lembar demi lembar kitab kupelajari Untai demi untai kata para ustaz kuresapi Tentang cinta para nabi Tentang kasih para sahabat Tentang mahabbah para sufi Tentang kerinduan para syuhada Lalu kutanam di jiwa dalam-dalam Kutumbuhkan dalam mimpi-mimpi dan idealisme yang mengawang di awan Tapi Rabbii, Berbilang detik, minit, jam, hari, pekan, bulan dan kemudian tahun berlalu Aku berusaha mencintaiMu dengan cinta yang paling utama, tapi Aku masih juga tak menemukan cinta tertinggi untukMu Aku makin merasakan gelisahku membadai Dalam cita yang mengawang Sedang kakiku mengambang, tiada menjejak bumi Hingga aku terhempas dalam jurang Dan kegelapan Wahai Ilahi, Kemudian berbilang detik, menit, jam, hari, pekan, bulan dan tahun berlalu Aku mencoba merangkak, menggapai permukaan bumi dan menegakkan jiwaku kembali Menatap, memohon dan menghibaMu: Allahu Rahiim, Ilaahi Rabbii, Perkenankanlah aku mencintaiMu, Semampuku Allahu Rahmaan, Ilaahi Rabii Perkenankanlah aku mencintaiMu Sebisaku Dengan segala kelemahanku Ilaahi, Aku tak sanggup mencintaiMu Dengan kesabaran menanggung derita Umpama Nabi Ayyub, Musa, Isa hingga Al musthafa Karena itu izinkan aku mencintaiMu Melalui keluh kesah pengaduanku padaMu Atas derita batin dan jasadku Atas sakit dan ketakutanku Rabbii, Aku tak sanggup mencintaiMu seperti Abu bakar, yang menyedekahkan seluruh hartanya dan hanya meninggalkan Engkau dan RasulMu bagi diri dan keluarga. Atau layaknya Umar yang menyerahkan separo harta demi jihad. Atau Utsman yang menyerahkan 1000 ekor kuda untuk syiarkan agamaMu. Izinkan aku mencintaiMu, melalui seratus-dua ratus perak yang terulur pada tangan-tangan kecil di perempatan jalan, pada wanita-wanita tua yang menadahkan tangan di pojok-pojok jembatan. Pada makanan makanan sederhana yang terkirim ke handai taulan. Ilaahi, aku tak sanggup mencintaiMu dengan khusyuknya shalat salah seorang shahabat NabiMu hingga tiada terasa anak panah musuh terhunjam di kakinya. Karena itu Ya Allah, perkenankanlah aku tertatih menggapai cintaMu, dalam shalat yang cuba kudirikan yang Terbaik, meski ingatan kadang melayang ke berbagai permasalahan dunia. Robbii, aku tak dapat beribadah ala para sufi dan rahib, yang membaktikan seluruh malamnya untuk bercinta denganMu. Maka izinkanlah aku untuk mencintaimu dalam satu-dua rekaat lailku. Dalam satu dua sunnah nafilahMu. Dalam desah napas kepasrahan tidurku. Yaa, Maha Rahmaan, Aku tak sanggup mencintaiMu bagai para al hafidz dan hafidzah, yang menuntaskan kalamMu dalam satu putaran malam. Perkenankanlah aku mencintaiMu, melalui selembar dua lembar tilawah harianku. Lewat lantunan seayat dua ayat hafalanku. Yaa Rahiim Aku tak sanggup mencintaiMu semisal Sumayyah, yang mempersembahkan jiwa demi tegaknya DienMu. Seandai para syuhada, yang menjual dirinya dalam jihadnya bagiMu. Maka perkenankanlah aku mencintaiMu dengan mempersembahkan sedikit bakti dan pengorbanan untuk dakwahMu. Maka izinkanlah aku mencintaiMu dengan sedikit pengajaran bagi tumbuhnya generasi baru. Allahu Kariim, aku tak sanggup mencintaiMu di atas segalanya, bagai Ibrahim yang rela tinggalkan putra dan zaujahnya, dan patuh mengorbankan pemuda biji matanya. Maka izinkanlah aku mencintaiMu di dalam segalanya. Izinkan aku mencintaiMu dengan mencintai keluargaku, dengan mencintai sahabat-sahabatku, dengan mencintai manusia dan alam semesta. Allaahu Rahmaanurrahiim, Ilaahi Rabbii Perkenankanlah aku mencintaiMu semampuku. Agar cinta itu mengalun dalam jiwa. Agar cinta ini mengalir di sepanjang nadiku...
Ya Allah Ya TUhan ku, Perbaikilah semua urusanku, janganlah Engkau serahkan urusan ku kepada diriku sendiri walaupun sekelipan mata pun.
|
 |
|